Halaman

Isnin, 4 Februari 2019

Kurangkan Pengambilan Garam



GARAM MENGHILANGKAN SAKIT TEKAK NAMUN BAHAYA JIKA DIAMBIL BERLEBIHAN

Garam banyak kegunaannya kerana ia bukan saja dijadikan bahan terpenting dalam masakan tetapi boleh menghilangkan sakit tekak yang biasanya berpunca daripada cuaca panas.

Berkumurlah dengan air garam dua kali sehari, pasti tekak anda terasa lega.

Caranya, anda cuma perlukan tiga camca garam dan dibancuh dengan setengah gelas air sejuk dan berkumurlah setiap hari hingga sakit tekak hilang. Walaupun begitu pengambilan berlebihan akan memudaratkan.

Garam merupakan sebatian bukan organik yang mengandungi mineral penting yang diperlukan oleh tubuh manusia dalam jumlah yang kecil. Garam juga dikenali sebagai Natrium Klorida dengan menggunakan simbol NaCl.

Walaupun garam adalah penting untuk metabolisma tubuh badan kita, pengambilan garam yang berlebihan boleh meningkatkan risiko seperti tekanan darah tinggi dan penyakit kardiovaskular.

Infografik ini boleh membantu anda dalam mengekalkan kesihatan yang baik dengan mengawal pengambilan garam yang berlebihan.

Sumber: sihat milikku & Gaya sihat cantik


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SENAMA NAIKKAN RAHIM KEGEL EXERCISES

Senaman Naikkan rahim . CUBA CHECK GAK.. . 1. Baring lurus, jangan guna bantal. . 2. Sapu minyak pada perut dan atas ari-ari especi...