*Keseimbangan kalori*
Tahukah Anda?
Kalori adalah unit tenaga yang dapat digunakan oleh tubuh sebagai bahan bakar untuk menjalankan kegiatan kita sehari-hari, termasuk aktiviti fizikal seperti berjalan kaki, berlari, berenang, menari, berdiri, bernafas, menjaga suhu tubuh dan fungsi sel dan organ tubuh. Diperlukan kira-kira 3500 kkal untuk menambah atau mengurangi lemak tubuh sebanyak 0.5 kilogram.
Kalori berasal dari karbohidrat, protein, alkohol atau lemak.
Protein = 4 kalori per gram
Karbohidrat = 4 kalori per gram
Alkohol = 7 kalori per gram
Lemak = 9 kalori per gram
Semua kalori dikira dalam konsep keseimbangan tenaga tanpa mengambil kira jenis makanan atau minuman apa yang kita ambil.
Keperluan kalori adalah bebeza bagi setiap orang bergantung pada faktor-faktor seperti jantina, usia, saiz tubuh dan tahap aktiviti fizikal.
Oleh itu, letakkan sasaran anda sama ada untuk BERAT BADAN SEIMBANG, PERTAMBAHAN BERAT BADAN, atau mahukan KEHILANGAN BERAT BADAN, semuanya bergantung kepada keseimbangan kalori anda..! Buatlah pilhan yang bijak..
Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
#KawalKaloriCegahObesiti
#PusatMaklumatPemakananNegeriPahang
Sumber @SihatMilikku
Tiada ulasan:
Catat Ulasan