Halaman

Isnin, 15 Julai 2019

Kebaikkan Air Suam

Kebaikkan Yang Boleh Anda Peroleh Jika Minum air suam




  • Membersihkan Tubuh


Air suam cukup efektif dalam membersihkan tubuh. Jika sistem penghadaman anda kurang baik, dengan mudah anda dapat mengatasinya dengan minum segelas air suam, dua kali sehari. Minum segelas air suam pada pagi hari juga dapat membersihkan tubuh dari racun dan memperbaiki sistem yang rosakdi dalam tubuh. Anda juga boleh mencampurkan air suam dengan madu atau lemon untuk mendapatkan hasil yag lebih baik.


  • Mengurangkan Kesakitan


Minum segelas air panas suam adalah ubat yang efektif untuk menyembuhkan sakit menstruasi. Jika Anda mengalami sakit perut, sakit kepala atau sengal-sengal badan, minum segelas air suam adalah cara paling pantas untuk merawatnya.


  • Mencegah Sembelit


Sembelit merupakan masalah perut yang kerap dialami oleh ramai orang. Selepas bangun tidur pada pagi hari, minumlah segelas air suam dalam keadaan perut kosong untuk meningkatkan gerakan usus yang akan dapat menyembuhkan sembelit. Air suam juga boleh memecah partikel makanan dan membawanya melalui usus.


  • Mengeluarkan Peluh


Adakalanya bila anda minum air suam, peluh akan keluar. Ketika itu, suhu tubuh anda meningkat, air cubaa untuk mendinginkan suhu melalui peluh. Berpeluh boleh membantu membersihkan sel-sel kulit.


  • Kawal Berat Badan


Bagi anda yang ingin menurunkan berat badan, minumlah segelas air suam dengan lemon dan madu pada setiap hari selepas makan. Cara ini sangat membantu dalam menurunkan berat badan yang berlebihan. Air suam akan memecah timbunan lemak dalam tubuh dan membantu dalam proses penurunan berat badan.Manakala lemon yang memiliki pektin serat akan mengawal keinginan anda untuk makan


  • Melancarkan Perjalanan Darah


Selain membakar timbunan lemak, minum air suam juga dapat melancarkan perjalanan darah dalam tubuh, serta mengeluarkan racun berbahaya dari dalam tubuh.


  • Mengatasi Selsema Dan Batuk


Iritasi yang terjadi pada tekak atau tonsil disebabkan batuk memang menyakitkan. Minum air suam disebut boleh mengurangkan sakit tekak,batuk berkahak dan membantu kahak keluar dengan mudah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SENAMA NAIKKAN RAHIM KEGEL EXERCISES

Senaman Naikkan rahim . CUBA CHECK GAK.. . 1. Baring lurus, jangan guna bantal. . 2. Sapu minyak pada perut dan atas ari-ari especi...