Halaman

Isnin, 15 Julai 2019

Teknik Squad Salah Boleh Mencederakan Lutut

Teknik squad salah boleh mencederakan lutut



CARA BUAT SQUAT DENGAN BETUL

Sangat penting untuk kita tahu cara buat Squat dengan betul, kalau tidak, ia boleh mencederakan lutut.


Kawan saya satu ketika sangat hairan bila saya ceritakan yang saya mampu buat Squat sebanyak 50 kali untuk satu sesi, sedangkan dia buat 5 kali pun dah sangat sakit, katanya. Rupa-rupanya, teknik yang dia gunakan silap.

Berdiri tegak. 

Bukakan kaki agar selari dengan bahu anda. Atau mungkin juga lebih besar lagi bukannya, bergantung kepada keselesaan anda.

Penting untuk diingatkan agar bukaan kaki ini adalah pada kadar anda selesa untuk menggerakkan peha ke bawah, tanpa menyebabkan peha 'terbuka ke luar' atau 'menuju ke arah dalam' bukaan. 

Peha sepatutnya bergerak ke bawah menghala ke depan arahnya. Lihat penerangan dalam video untuk lebih faham.

Halakan tangan ke hadapan. 

Tolak bahagian punggung ke bawah/rendahkan punggung terlebih dahulu (seolah-olah anda sedang mabu duduk di kerusi). Jangan terus bengkokkan kaki ke bawah, sebaliknya gerakkan punggung ke bawah.

Gerakkan punggung ke bawah sehingga keadaan mencangkung, tetapi pastikan lutut anda tidak melebihi aras jari kaki anda.

Pastikan peha selari dengan lantai

Tolakkan badan ke atas menggunakan kekuatan hujung jari  kaki anda.

Tarik nafas semasa menolak punggung ke bawah, lepas nafas semasa menolak badan ka atas semula.

Boleh gunakan pemberat seperti dumb bell atau baby kita jika mahu hehe..


Jika melakukan Squat dengan cara yang betul, anda tidak akan merasa sakit pun di bahagian lutut, sebaliknya otot-otot di bahagian pangkal peha, peha dan kaki akan terasa sedang 'bekerja'. 

Banyak otot baru akan terbentuik, hasilnya nanti kaki yang mampat, cekang dan seksi.

Senaman Squat adalah salah satu senaman kardio, yang membakar banyak kalori dan membina otot. Sebab itu ia bagus. Eh bagus ke otot terbina, tak ke nampak gemuk nanti? 

Jawapannya, tidak sama sekali. Otot membantu meningkatkan metabolisma, sekaligus meningkatkan jumlah tenaga yang tubuh perlukan, iaitu, tubuh memerlukan lebih banyak makanan. 

Maknanya, banyak otot, banyaklah makanan digunakan, untunglah di situ, kalau terlebih makan pun, ia digunakan oleh otot-otot kita ;)

Ada juga yang menjadikan Squat sebagai cabaran 30 hari untuk tubuh langsing. Mungkin anda ingin mencubanya? 

Saya tidak buat cabaran ini, sebaliknya saya buat seperti saya ceritakan di sini, saya buat 3 kali seminggu sahaja, dan itu pun, kesannya sangat sangat menggembirakan saya!

Kredit to Norashikin
Sumber @gayasihatcantik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SENAMA NAIKKAN RAHIM KEGEL EXERCISES

Senaman Naikkan rahim . CUBA CHECK GAK.. . 1. Baring lurus, jangan guna bantal. . 2. Sapu minyak pada perut dan atas ari-ari especi...