Halaman

Selasa, 5 Februari 2019

Jangan Hanya Makan, Tengok apa Yang Masuk!

🍞 TIP MEMILIH ROTI


Ramai yang nak diet dan memilih roti sebagai pilihan tetapi tahukah anda tak semua roti tu sama?
Jika anda nak mula diet dan nak mencari roti yang lebih sesuai, pilih roti berdasarkan Glycemic Index.

Apa itu Glycemic Indeks?
Glycemic Index (GI) atau Indeks Glisemik ini adalah ukuran relatif bagaimana sesuatu jenis makanan yang mengandungi karbohidrat itu memberi kesan kepada tahap gula dalam darah.

Mudah je, hanya ingat —> Lebih tinggi nilai GI bermakna lebih lebih cepat makanan tersebut diproses dalam badan dan tahap gula akan mencanak naik dengan cepat.

Secara kasar, makanan yang manis dan terproses biasanya mempunyai GI yang tinggi dan perlu dielakkan jika anda nak turunkan berat badan mahupun nak mengawal tahap gula dalam darah.

Tetapi jangan terpedaya kerana tidak semua yang manis tu mempunyai GI yang rendah, sebab tu kena prihatin sedikit dengan jenis makanan dan nilai GI makanan tersebut.

Glycemic Indeks ni diberi dari skala 1 hingga 100 dan di kategorikan kepada 3 kumpulan:

🔲GI Tinggi : 70-100

🔲GI Sederhana : 56 – 69

🔲GI Rendah : 0 – 55

So bila pilih makanan, kena belek skit label kat belakang.

Tengok Nilai GI yang diberikan dan pilih makanan GI rendah paling dan paling ok, GI Sederhana still better berbanding GI tinggi.

Sumber: petuabonda

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SENAMA NAIKKAN RAHIM KEGEL EXERCISES

Senaman Naikkan rahim . CUBA CHECK GAK.. . 1. Baring lurus, jangan guna bantal. . 2. Sapu minyak pada perut dan atas ari-ari especi...