Halaman

Ahad, 3 Februari 2019

Khasiat super madu dan bawang putih Yang perlu korang tau

MADU DAN BAWANG PUTIH


DARI MANA DATANGNYA BAWANG PUTIH?



Bawang putih dipercayai berasal dari Tenggara Siberia. Mana Siberia tu?

Rusia ke?

Jauh tak? Jauh sangat kan. Tapi sejak beribu-ribu tahun dulu, pengembara dah bawa bawang putih ni ke Eropah dan Asia. Digunakan dalam perubatan dengan meluasnya.
Madu pulak dah digunakan beribu-ribu tahun dulu lagi. Dalam makan Firaun pun ada diletakkan berbalang-balang madu sebagai persembahan untuk si mati.
Okay, dah baca asal usul dan kegunaan, selain dari bermacam khasiat kita dapat, mesti ada SIDE EFFECT dia juga kan?


APA KHASIAT MAKAN MADU DAN BAWANG PUTIH?


Pertama, petua ini sangat berkesan untuk merawat masalah batin lelaki. Jangan tanya fiona apa kau boleh jadi ok. Samada jadi hulk, gergasi, dinosor, cuba sendiri.


Kedua, kombinasi ini boleh menjadi super antibiotik untuk orang yang mudah kena jangkitan selesema, demam, batuk dan jangkitan virus. Kalau kejap-kejap kena selsema, kejap-kejap batuk, ok, sila amalkan petua ni dengan konsisten.


Ketiga, mereka yang mempunyai kurang gula dalam darah, tekanan darah tinggi sangat sesuai amalkan petua ni. Kadar gula yang rendah ni sangat bahaya. Terjadi pada pesakit diabetes. Sebab tiba-tiba kita boleh jadi confuse, tak sedar diri, berpeluh, menggigil, sawan dan melibatkan kematian.
Mat saleh akan buat jus bawang putih, dan amalkan 5ml bersama madu, 2 kali sehari untuk mencegah jangkitan kuman dan risiko pembekuan darah dalam saluran darah.


APA SIDE EFFECT PETUA NI?


Pertama, jika anda gastrik, bahan superhero dalam bawang putih bernama ALLICIN boleh menyebabkan acid reflux. Jadi anda akan tiba-tiba sakit dada, rasa terbakar tekak dan nak muntah.
Apa cara untuk atasi ni?
Bakar atau goreng bawah putih dulu, kemudian baru makan.Atau, isi dulu perut dengan makanan ringan sebelum amalkan petua ni. 


JANGAN MAKAN DENGAN PERUT KOSONG.

Kedua, jika kulit anda sensitif dengan minyak semulajadi dalam sesetengah rempah, pakai sarung tangan sebelum pegang bawang putih ok. Tak pasal-pasal kena ruam pulak.
Ketiga, jika anda dah sedia ambil ubat cairkan darah seperti Warfarin atau apa-apa yang lain, 


JANGAN AMALKAN PETUA INI TANPA NASIHAT DOKTOR. Ok? 

Sebab fungsi bawang putih 
tu sendiri sebagai blood thinner adalah strong dan effective. Jangan sampai berdouble-double kesan blood thinning dalam badan kita.

Keempat, badan kau bau kambing tak mandi bertahun. Pengsan orang dalam MRT bila kau angkat ketiak. Mulut pun bau naga. 


CARA MAKAN PETUA NI?


Okay, cara makan dia adalah, setiap pagi, ambil 1-3 ulas bawang putih, ketuk-ketuk, dan makan mentah bersama 1 atau 2 sudu besar madu asli.
Petua ni sama je cara dengan petua lada putih dan madu. 
Selamat bermadu! Eh, amalkan madu dan bawang putih. credit to Mastura RashidSumber: gayaSihatCantik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SENAMA NAIKKAN RAHIM KEGEL EXERCISES

Senaman Naikkan rahim . CUBA CHECK GAK.. . 1. Baring lurus, jangan guna bantal. . 2. Sapu minyak pada perut dan atas ari-ari especi...