Halaman

Isnin, 15 April 2019

PETUA HILANGKAN KARAT PAKAIAN





PETUA HILANGKAN KARAT PAKAIAN


Masalah apabila pakaian berkarat, kadang-kadang kita runsing memikirkan bagaimana untuk hilangkan kekotoran atau tanda karat yang ada pada baju putih. Ini beberapa cara untuk hilangkan kesan karat : 

Cara 1:
Taburkan garam pada bahagian yang terkena karat dan percikkan cuka pada bahagian pakaian yang terkena karat. Biarkan seketika dan kemudian basuh seperti biasa dengan sabun basuh

Cara 2:
Gosok isi limau nipis pada bahagian yang terkena karat dan kemudian rendam pakaian itu dalamair garam. Biarkan seketika dan kemudian basuh seperti biasa dengan sabun basuh

Cara 3:
Sapukan sabun mandi pada bahagian yang terkena karat hingga menutupi kawasan yang berkarat sepenuhnya. Kemudian rendam ke dalam air yang telah diperah limau nipis atau limau kasturi. Biarkan seketika dan kemudian basuh seperti biasa dengan sabun basuh

Cara 4:
Sental buah belimbing buluh masak pada bahagian pakaian yang terkena karat. Biarkan seketika dan kemudian basuh seperti biasa dengan sabun basuh

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.

 Sumber sinar.my
 GayaSihatCantik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SENAMA NAIKKAN RAHIM KEGEL EXERCISES

Senaman Naikkan rahim . CUBA CHECK GAK.. . 1. Baring lurus, jangan guna bantal. . 2. Sapu minyak pada perut dan atas ari-ari especi...