Khamis, 9 Julai 2020
CARA MUDAH BERSIHKAN OVEN TANPA MENYENTAL, SEMUA KERAK TANGGAL
CARA MUDAH BERSIHKAN OVEN TANPA MENYENTAL, SEMUA KERAK TANGGAL
1. GUNAKAN AIR
Pertama sekali, letakkan mangkuk tahan panas yang berisi air ke dalam oven.
Pasangkan oven pada suhu tinggi untuk selama 20 minit. Proses ini dapat membantu menanggalkan gris dan kerak pada permukaan oven.
Apabila ia menyejuk / suam, lapkan permukaan dalaman dengan tisu dapur / kain pengelap yang bersih.
Lakukan langkah ini setiap kali anda selesai menggunakan oven supaya ia mudah untuk dibersihkan.
2. CUKA
Campurkan 1 liter air bersama 8 sudu cuka. Celup kain dalam air cuka dan lapkan oven.
Biarkan selama 15 minit dan bilaskan dengan air bersih. Kesan kehitaman akan segera menghilang.
Cara bersihkan oven sebegini paling sesuai jika anda mencuci oven dalam masa terdekat selepas ia digunakan.
Cuka bukan saja bertindak menghilangkan kotoran, tetapi sifat keasidannya turut menjadi pelindung anti-kulat
3. SODA BIKARBONAT.
Boleh juga menggunakan soda bikarbonat bersama dengan sedikit cuka.
Campurkan kedua-dua bahan ini dan biarkan ia menjadi pes. sapukan pes ini pada permukaan oven yang terdapat kesan degil.
Biarkan pes ini selama 1 jam hingga 12 jam. Lagi lama lagi berkesan, bergantung kepada tahap kotoran yang terdapat pada oven. Kemudian, lapkan semula dan bilas
4. LEMON / LIMAU NIPIS.
Kalau tak ada cuka, gunakan perahan lemon atau limau nipis untuk menggantikan cara ke-3 di atas.
Sifat keasidan lemon bukan saja bertindak sebagai pencuci semulajadi, tetapi turut memberi bauan segar pada oven.
Campurkan bersama soda bikarbonat / baking powder dan sapukan pes ini pada permukaan oven.
Selepas dibiarkan 1 jam atau lebih, gunakan kulit lemon atau limau nipis tadi untuk menggosok kesan kehitaman atau kerak dalam oven.Kotoran degil akan tanggal dengan berkesan.
5. SPRAY CUKA
Jika masih tertinggal sedikit kesan kotoran, masukkan cuka (bersama sedikit titisan lemon jika ada) ke dalam botol spray dan semburkan pada permukaan tersebut.
Biarkan seketika dan lap. Ulangi langkah ini beberapa kali.
Sumber: petua bonda
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
SENAMA NAIKKAN RAHIM KEGEL EXERCISES
Senaman Naikkan rahim . CUBA CHECK GAK.. . 1. Baring lurus, jangan guna bantal. . 2. Sapu minyak pada perut dan atas ari-ari especi...
-
*Keseimbangan kalori* Tahukah Anda? Kalori adalah unit tenaga yang dapat digunakan oleh tubuh sebagai bahan bakar untuk menja...
-
GARAM MENGHILANGKAN SAKIT TEKAK NAMUN BAHAYA JIKA DIAMBIL BERLEBIHAN Garam banyak kegunaannya kerana ia bukan saja dijadikan bahan terp...
-
ANDA PERNAH DIGIGIT SEMUT? INFO BERKENAAN SEMUT CHARLIE ATAU SEMUT KAYAP Kesan selepas di gigit semut charlie atau semut kayap ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan