Halaman

Rabu, 13 Februari 2019

Penting atau kepentingan?

Pentingnya kesihatan dalam kehidupan.



Manusia sifatnya pelupa. Hari ini dengar & faham, esok masih ingat, lusa sudah kabur kemudian mungkin sudah lupa.

Begitu juga ketika badan masih berasa sihat, lupa akan segala sakit yang pernah dihidapi mahu pun yang bakal menyerang.

Banyak kejadian yang didepan mata, didengar mahu pun dibaca yang boleh dijadikan sebagai ingatan untuk kebaikan diri namun tidak meninggalkan bekas (iktibar) untuk masa-masa seterusnya.

Selagi diri boleh bangkit dari tidur, berdaya bergerak, boleh makan dan minum sekehendak hati, itulah kononnya sihat.

Pemeriksaan berkala tak pernah dilakukan. Jika dilakukan setahun sekali atau 2 kali setahun, itulah diuar-uarkan sebagai rajin memantau kesihatan.

Selagi diri tidak terbaring lesu dikatil, tidak perlu lagi berpapah untuk bergerak, tiadalah keinsafan untuk menjaga diri ketahap kesihatan terbaik agar dapat lari lebih jauh dari masalah kesihatan yang buruk dan kronik.

Hendak berbelanja sedikit untuk kesihatan diri, kedekut ya amat. Tapi kalau hendak bermewah dan bermegah-megah, biar papa asal bergaya sedangkan itu semua bersifat sementara....ya sementara masih sihat. Jika disyorkan kaedah yang sudah terbukti, ada saja alasannya. Diajar guna dengan betul, kawal sedikit pemakanan tetapi dilanggarnya kemudian jadi alasan kononnya tidak sesuai. Inilah realiti yang dihadapi dalam usaha menyeru kepada kebaikan dan penyembuhan.

Tidak juga terkecuali cabaran sebegini di hospital-hospital, beri 3 jenis ubat di makannya 1, disuruh makan 2 biji 3 kali sehari, dimakan sehari sekali. Kemudian makan dan minum mengalahkan orang yang tidak sakit. Tapi nak sembuh cepat. Apa daya lagi nak dibantu???

Oleh kerana itulah yang terbaik ialah MENCEGAH. Jika sudah sakit belum tentu jumpa penawarnya, belum tentu sembuhnya lagi-lagi jika sudah ditahap yang kronik .   Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya:
“Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan.”
    (Riwayat ad-Dailami)

      Siapa pun Ahli Perubatan akan mencuba sedaya upaya untuk menyembuhkan para pesakit mereka. Namun begitu, semua ada batas dan hadnya. Apa pun perawatan, perlukan kesungguhan dan kerjasama tuan punya diri. Sekiranya tuan punya diri bersemangat dan bersungguh-sungguh mahukan kesembuhan dan tahap kesihatan terbaik diri beliau, apa yang diinginkan itu boleh dicapai dengan lebih cepat  إن شاء الله‎

Namun begitu jika mulut saja berkata mahu tetapi tidak mahu berusaha, mana nak dapat hasil yang diimpikan. Sebutlah berjuta kali ‘perut lapar’ jika tidak disuap makanan ke mulut manakan datang kenyangnya.

Testimoni En Masri telah sekali lagi membuktikan masalah gout @ biasanya dipanggil ‘ga-ut’ dapat dibantu dengan penggunaan SRASEE menerusi kaedah yang disyorkan. Lihat masalah yang dihadapi apabila gout. Susah ke susah??? Nak beribadat pun jadi susah.

Waktu usia muda remaja, masalah sakit-sakit sebegini memang jarang berlaku. Tapi seiring dengan peredaran masa, pergerakan pun sudah mula ‘slow’ luaran dan dalaman maka mulalah terlihat simptom penyakit. Simptom-simptom penyakit ada banyak. Ini semua kekuasaan Allah SWT yang tidak menzalimi hambanya. Sebelum sakit diberi tanda-tanda. Jika leka atau tidak awas dengan tanda-tanda yang diberi, jadi bertambah beratlah penyakitnya. Sebab itu perlulah merajin-rajinkan diri membaca, belajar dan bertanya kepada mereka yang arif .

Timbulkan kesedaran diri untuk mula menjaga kesihatan. Mulakan dari ‘perut’. Perlu prihatin ‘input’ & ‘output’. Jangan fikir asyik nak ‘in’ saja. Jika duit tak mengapa jika ‘in’ saja. Tapi makan minum, perlu ‘out’ dengan ‘lawas’ disamping keperluan khusus mengawal tekanan (stress) dari masa ke semasa (AP + AB). Soal ‘stress’ memang nampak remeh. Dari pengalaman kami, ‘stress’ adalah antara punca mempercepatkan sesuatu penyakit. Kita biasa lihat pada drama tv, dimana apabila ‘stress’ memuncak seseorang jatuh sakit. Ini memang benar. Apatah lagi bagi seseorang yang sememangnya sudah menghidapi penyakit atau tidak berapa hirau tentang soal penjagaan kesihatan. Ini akan menambah buruk keadaan.

Kita semua maklum bahawa Perut ialah ‘enjin’ dalam diri anda. Penyakit tidak datang melayang masuk ke dalam diri. Ia berpunca dari dalaman diri anda sendiri. Kegagalan anda memastikan kesihatan dan kebersihan dalaman diri anda adalah punca terjadinya pelbagai penyakit. Ia menyebabkan melemahnya dan boleh merosakkan fungsi organ-organ. Ia menyebabkan kurangnya kelancaran darah, darah memekat, kurangnya aliran oksigen mencukupi yang perlu dibekalkan kepada organ-organ dan keperluan mengalir keseluruh pelusuk tubuh badan kita. Kesan daripadanya, bukan sahaja organ-organ melemah bahkan ‘antibodi’ juga turut melemah. Ini memudahkan virus dan bakteria menyerang dengan cepat dan berumah di dalam tubuh badan.

Jadi bagaimana hendak sehabis boleh cuba mengelakkan masalah ini berlaku? Cara termudah dan sudah terbukti ialah dengan pembersihan dalaman dan mengawal ‘stress’. Bersihkan ‘enjin’ dan kawal ‘stress’ anda dahulu barulah keseluruhan sistem tubuh badan anda dapat menikmati ‘kebersihan’ dan kelancaran dalam operasinya yang tanpa henti itu.

Kita semua maklum, dengan sifat pelupa dan adakalanya terleka boleh menyumbang kepada kemerosotan tahap kesihatan kita. Kita bukan hidup untuk ‘menongkat langit’. Sehabis baik kesihatan dipelihara, pasti ada ruang untuk sakit. Namun kita berharap dan berdoa agar dengan sedikit kesedaran memelihara kesihatan, sakit itu bukanlah dari yang teruk dan kronik sehinggakan rasa terseksa dan tidak tertanggung. Semoga kesakitan sebagaimana yang pernah dilalui oleh para sahabat atau kenalan kita sebelum ini dapat kita hindari   اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Kami dengan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada En Masri yang bersikap positif dalam menyakini SRASEE. Terima kasih juga kepada isteri beliau yang tiba-tiba ‘menyelit’ dan menunjukkan ibu jari tanda gembira atas perkembangan positif suami beliau.

Tiada Kaya, Tiada Berjaya Jika Tiada Sihat

SRASEE ~ Yang Benar & Terbukti ~ Hanya kepada Yang Sudi ~ Yakini SRASEE Sayangi SRASEE !

Kredit to SRASEE BEAUTY & HEALTH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SENAMA NAIKKAN RAHIM KEGEL EXERCISES

Senaman Naikkan rahim . CUBA CHECK GAK.. . 1. Baring lurus, jangan guna bantal. . 2. Sapu minyak pada perut dan atas ari-ari especi...