Jangan bersedih, kerana kesedihan tak lebih menjadikan kesihatan bertambah buruk. Bersedia dan pasrah lah dengan ketentuan Nya. Insyallah di sebalik rasa syukur akan ada sinar harapan yang sentiasa terbuka utk kita.
Sama juga halnya dengan ekzema sufferer dan apa juga jenis penyakit. Antibodi dalam badan akan mengalami gangguan dek krn perubahan hormon.
Dr Izzat Hazmir B. Ismaal, Peg. Perubatan PKU UTMKL menyatakan "Ketika stress, badan kita akan mengeluarkan satu hormon rangsangan
yang bernama ‘adrenaline’ kedalam saluran darah kita. Hormon ini bersama-sama dengan beberapa hormon yang lain akan menyebabkan beberapa perubahan berlaku di dalam tubuh kita sebagai persiapan untuk melindungi kita."
GEJALA KETIKA STRESS
• Fizikal : Keletihan, pening kepala, susah tidur, sakit-sakit badan terutamanya di kawasan bahu dan belakang, degupan jantung yang kuat, sakit dada, meloya, ketar badan, sejuk tangan dan berpeluh.
• Mental : Hilang tumpuan, mudah lupa, susah untuk membuat keputusan, tidak boleh berfikir, celaru pemikiran dan tidak boleh berjenaka.
• Emosi : Risau, sentiasa bimbang, sugul, marah, mudah kecewa, sentiasa takut, sensitif, mudah hilang sabar dan panas baran.
• Perangai : Keluh-kesah, lahir tabiat seperti menggigit kuku dan menggedik-gedikkan kaki, makan yang berlebihan, merokok, minum arak, menjerit-jerit, maki hamun, mengungkit-ungkit dan menyalahkan orang lain serta bertindak agresif.
Sumber :GayaSihatCantik
\
Doa Hadapi Stress
Makanan Yang Membantu Mengurangkan Stress
Tiada ulasan:
Catat Ulasan