Halaman

Khamis, 9 Julai 2020

SENAMA NAIKKAN RAHIM KEGEL EXERCISES



Senaman Naikkan rahim .

CUBA CHECK GAK.. .

1. Baring lurus, jangan guna bantal. .
2. Sapu minyak pada perut dan atas ari-ari especially di bawah pusat. .
3. Gosok minyak ke seluruh tempat perlahan-lahan. .
4. Mulakan dengan urutan di sebelah kiri perut dan bawa ke tengah. .
5. Urut sebelah kanan perut dan tarik ke tengah. .
6. Bernafas seperti biasa. .
7. Cuba tekan bahagian bawah pusat, betul-betul di atas ari-ari. Kalau rasa sengal dan ada rasa benjolan kecil, itu tanda peranakan anda dah jatuh. .


Cara untuk menaikkan kedudukan rahim yang jatuh

Selain amalkan senaman kagel tu...cara ini pon boleh membantu...
tapi sebaiknya buat urutan sengkang rahim dulu dari mak bidan...
bagi yang dah teruk tu,sila dapatkan nasihat dari yang pakar..: .
kalau tak boleh tegak lurus pon tak apa..ikut kesesuaian diri...
praktice makes perfect! .
kalau takut..minta bantuan sesiapa pegang kaki tu...
buatlah dalam kiraan 10-20. (slow ye kira tu) bernafas macam biasa... .
Langkah ini hanya bersifat sementara je...sebaiknya dapatkan khidmat bidan utk sengkak rahim. .
1. Mulakan urutan sendiri pada perut kasi lembut urat perut. .
2. Bila urat perut dah lembut, perlahan-lahan sila angkat kaki ke atas dinding dan pada masa yang sama tarik bahagian yang berbenjol di atas ari-ari ke sebelah atas ( ke arah pusat). .
3. urut pelan-pelan dari bawah naik ke atas
kalau sengal, berhenti dulu dan ulang sehingga anda rasa lega. .
4. rehat seketika sebelum bangun.

CARA MUDAH BERSIHKAN OVEN TANPA MENYENTAL, SEMUA KERAK TANGGAL



CARA MUDAH BERSIHKAN OVEN TANPA MENYENTAL, SEMUA KERAK TANGGAL


1. GUNAKAN AIR
Pertama sekali, letakkan mangkuk tahan panas yang berisi air ke dalam oven.
Pasangkan oven pada suhu tinggi untuk selama 20 minit. Proses ini dapat membantu menanggalkan gris dan kerak pada permukaan oven.
Apabila ia menyejuk / suam, lapkan permukaan dalaman dengan tisu dapur / kain pengelap yang bersih.
Lakukan langkah ini setiap kali anda selesai menggunakan oven supaya ia mudah untuk dibersihkan.


2. CUKA
Campurkan 1 liter air bersama 8 sudu cuka. Celup kain dalam air cuka dan lapkan oven.
Biarkan selama 15 minit dan bilaskan dengan air bersih. Kesan kehitaman akan segera menghilang.
Cara bersihkan oven sebegini paling sesuai jika anda mencuci oven dalam masa terdekat selepas ia digunakan.
Cuka bukan saja bertindak menghilangkan kotoran, tetapi sifat keasidannya turut menjadi pelindung anti-kulat


3. SODA BIKARBONAT.
Boleh juga menggunakan soda bikarbonat bersama dengan sedikit cuka.
Campurkan kedua-dua bahan ini dan biarkan ia menjadi pes. sapukan pes ini pada permukaan oven yang terdapat kesan degil.
Biarkan pes ini selama 1 jam hingga 12 jam. Lagi lama lagi berkesan, bergantung kepada tahap kotoran yang terdapat pada oven. Kemudian, lapkan semula dan bilas


4. LEMON / LIMAU NIPIS.
Kalau tak ada cuka, gunakan perahan lemon atau limau nipis untuk menggantikan cara ke-3 di atas.
Sifat keasidan lemon bukan saja bertindak sebagai pencuci semulajadi, tetapi turut memberi bauan segar pada oven.
Campurkan bersama soda bikarbonat / baking powder dan sapukan pes ini pada permukaan oven.
Selepas dibiarkan 1 jam atau lebih, gunakan kulit lemon atau limau nipis tadi untuk menggosok kesan kehitaman atau kerak dalam oven.Kotoran degil akan tanggal dengan berkesan. 


5. SPRAY CUKA
Jika masih tertinggal sedikit kesan kotoran, masukkan cuka (bersama sedikit titisan lemon jika ada) ke dalam botol spray dan semburkan pada permukaan tersebut.
Biarkan seketika dan lap. Ulangi langkah ini beberapa kali.


Sumber: petua bonda

TIPS DAN PETUA DAPUR

Tips Dan Petua di Dapur


🔘 MASALAH NASI MENTAH
🔻 Sekiranya nasi yang kita masak tidak cukup masak atau mentah, jangan risau kerana masaalah ini masih boleh diatasi. Caranya mudah saja. Anda hanya perlu isikan air panas kedalam sebiji mangkuk kecil yang tahan panas. Buatkan lekuk pada bahagian tengah nasi, kemudian masukkan mangkuk yang berisi air panas tadi. Tutup periuk rapat² dan biarkannya diatas api yang perlahan beberapa minit sehingga nasi masak.


🔘 CARA HILANGKAN GRIS
🔻 Minyak gris biasanya sukar ditanggalkan jika terkena pakaian. Tetapi ada petua untuk menghilangkannya. Cuba titiskan secamca minyak tanah dan kemudian sapukan rata-rata sedikit sabun serbuk atau buku. Biar seketika dan kemudian sental kuat-kuat. Ulangi beberapa kali sehingga kesannya hilang.


🔘 LAUK TERLEBIH MASIN
🔻 Kadangkala tanpa disengajakan, lauk yang kita masak menjadi terlalu masin dan ini menjadikan ianya kurang enak untuk dimakan. Untuk mengatasi masalah ini, mula-mula ambil sedikit daun pisang, cucikannya sehingga bersih. Kemudian masukkan kedalam masakkan itu tadi. Insyaallah rasa masin akan berkurangan.


🔘 HILANGKAN LEMAK AYAM
🔻 Basuh ayam dengan mengunakan air bersih kemudian buangkan air tersebut dan ambil tepung gandum, sapukan pada ayam tersebut dengan sedikit air selepas tu bolehlah ia nya di bersih semula mengunakan air. Selepas itu barulah puan campurkan dengan apa sahaja bahan yang hendak dicampurkan sebelum memasakkannya.

🔘 RASA GARAM DALAM MASAKAN
🔻 Untuk merasa garam dalam masakan memang menjadi masalah terutama jika anda berpuasa. Bagaimana cara terbaik untuk mengatasi masalah ini dengan meletakkan kuah di atas jari anda. Jika kuah itu tidak meleleh ia menandakan masakan anda cukup masin tetapi jika jari anda merasa perit ini menandakan masakan anda terlebih garam.


Sumber: petua bonda

PETUA HILANGKAN PANAU



Petua Hilangkan Panau

Anda menghadapi masalah kulit berpanau?
Cubalah hilangkan panau dengan petua-petua di bawah:

- Ambil halia sebesar ibu jari dan tumbuk hingga lumat. Tepekkan halia yang telah ditumbuk pada bahagian kulit yang berpanau. Biarkan selama 15-20 minit. Amalkan selalu.

- Tenyehkan pucuk lada pada bahagian kulit yang bepanau. Amalkan selalu.

- Tumbuk 2 ulas bawang putih bersama sedikit halia. Sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari.

- Tumbuk beberapa ketul lengkuas dan ambil air perahannya. Sapu air lengkuas pada bahagian kulit yang berpanau. Sementara itu jangan makan makanan yang mengandungi lenkuas. Amalkan selalu.

- Tumbuk beberapa helai daun lengkuas dan ambil air perahannya. Sapukan air perahan tersebut pada bahagian kulit yang berpanau. Sementara itu jangan makan makanan yang mengandungi lenkuas. Amalkan selalu.

- Tumbuk daun pinang hingga lumat dan sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Amalkan selalu.

- Ambil air perahan buah pinang dan sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Amalkan selalu.

- Tumbuk beberapa helai daun belimbing hingga lumat. Campurkan dengan sedikit asam jawa dan sedikit beras. Tempekkan pada bahagian yang berpanau. Amalkan setiap hari.

- Campurkan secekak daun kesum dengan minyak tanah. Gosokkan pada bahagian kulit yang berpanau. Aalkan setiap hari.

- Tumbuk beberapa helai daun gelenggang hingga lumat. Sapukan pada bahagian kulit yang berpanau dan biarkan selama 15-20 minit. Bilas hingga bersih. Amalkan selalu.
 

sumber: gaya sihat cantik

Isnin, 15 Julai 2019

Keseimbangan Kalori & Komposisi Badan



*Keseimbangan kalori*

Tahukah Anda?

Kalori adalah unit tenaga yang dapat digunakan oleh tubuh sebagai bahan bakar untuk menjalankan kegiatan kita sehari-hari, termasuk aktiviti fizikal seperti berjalan kaki, berlari, berenang, menari, berdiri, bernafas, menjaga suhu tubuh dan fungsi sel dan organ tubuh. Diperlukan kira-kira 3500 kkal untuk menambah atau mengurangi lemak tubuh sebanyak 0.5 kilogram.

Kalori berasal dari karbohidrat, protein, alkohol atau lemak.
Protein = 4 kalori per gram

Karbohidrat = 4 kalori per gram

Alkohol = 7 kalori per gram

Lemak = 9 kalori per gram

Semua kalori dikira dalam konsep keseimbangan tenaga tanpa mengambil kira jenis makanan atau minuman apa yang kita ambil.

Keperluan kalori adalah bebeza bagi setiap orang bergantung pada faktor-faktor seperti jantina, usia, saiz tubuh dan tahap aktiviti fizikal.

Oleh itu, letakkan sasaran anda sama ada untuk BERAT BADAN SEIMBANG, PERTAMBAHAN BERAT BADAN, atau mahukan KEHILANGAN BERAT BADAN, semuanya bergantung kepada keseimbangan kalori anda..! Buatlah pilhan yang bijak..

Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

#KawalKaloriCegahObesiti
#PusatMaklumatPemakananNegeriPahang

Sumber @SihatMilikku


Kebaikkan Air Suam

Kebaikkan Yang Boleh Anda Peroleh Jika Minum air suam




  • Membersihkan Tubuh


Air suam cukup efektif dalam membersihkan tubuh. Jika sistem penghadaman anda kurang baik, dengan mudah anda dapat mengatasinya dengan minum segelas air suam, dua kali sehari. Minum segelas air suam pada pagi hari juga dapat membersihkan tubuh dari racun dan memperbaiki sistem yang rosakdi dalam tubuh. Anda juga boleh mencampurkan air suam dengan madu atau lemon untuk mendapatkan hasil yag lebih baik.


  • Mengurangkan Kesakitan


Minum segelas air panas suam adalah ubat yang efektif untuk menyembuhkan sakit menstruasi. Jika Anda mengalami sakit perut, sakit kepala atau sengal-sengal badan, minum segelas air suam adalah cara paling pantas untuk merawatnya.


  • Mencegah Sembelit


Sembelit merupakan masalah perut yang kerap dialami oleh ramai orang. Selepas bangun tidur pada pagi hari, minumlah segelas air suam dalam keadaan perut kosong untuk meningkatkan gerakan usus yang akan dapat menyembuhkan sembelit. Air suam juga boleh memecah partikel makanan dan membawanya melalui usus.


  • Mengeluarkan Peluh


Adakalanya bila anda minum air suam, peluh akan keluar. Ketika itu, suhu tubuh anda meningkat, air cubaa untuk mendinginkan suhu melalui peluh. Berpeluh boleh membantu membersihkan sel-sel kulit.


  • Kawal Berat Badan


Bagi anda yang ingin menurunkan berat badan, minumlah segelas air suam dengan lemon dan madu pada setiap hari selepas makan. Cara ini sangat membantu dalam menurunkan berat badan yang berlebihan. Air suam akan memecah timbunan lemak dalam tubuh dan membantu dalam proses penurunan berat badan.Manakala lemon yang memiliki pektin serat akan mengawal keinginan anda untuk makan


  • Melancarkan Perjalanan Darah


Selain membakar timbunan lemak, minum air suam juga dapat melancarkan perjalanan darah dalam tubuh, serta mengeluarkan racun berbahaya dari dalam tubuh.


  • Mengatasi Selsema Dan Batuk


Iritasi yang terjadi pada tekak atau tonsil disebabkan batuk memang menyakitkan. Minum air suam disebut boleh mengurangkan sakit tekak,batuk berkahak dan membantu kahak keluar dengan mudah.

Teknik Squad Salah Boleh Mencederakan Lutut

Teknik squad salah boleh mencederakan lutut



CARA BUAT SQUAT DENGAN BETUL

Sangat penting untuk kita tahu cara buat Squat dengan betul, kalau tidak, ia boleh mencederakan lutut.


Kawan saya satu ketika sangat hairan bila saya ceritakan yang saya mampu buat Squat sebanyak 50 kali untuk satu sesi, sedangkan dia buat 5 kali pun dah sangat sakit, katanya. Rupa-rupanya, teknik yang dia gunakan silap.

Berdiri tegak. 

Bukakan kaki agar selari dengan bahu anda. Atau mungkin juga lebih besar lagi bukannya, bergantung kepada keselesaan anda.

Penting untuk diingatkan agar bukaan kaki ini adalah pada kadar anda selesa untuk menggerakkan peha ke bawah, tanpa menyebabkan peha 'terbuka ke luar' atau 'menuju ke arah dalam' bukaan. 

Peha sepatutnya bergerak ke bawah menghala ke depan arahnya. Lihat penerangan dalam video untuk lebih faham.

Halakan tangan ke hadapan. 

Tolak bahagian punggung ke bawah/rendahkan punggung terlebih dahulu (seolah-olah anda sedang mabu duduk di kerusi). Jangan terus bengkokkan kaki ke bawah, sebaliknya gerakkan punggung ke bawah.

Gerakkan punggung ke bawah sehingga keadaan mencangkung, tetapi pastikan lutut anda tidak melebihi aras jari kaki anda.

Pastikan peha selari dengan lantai

Tolakkan badan ke atas menggunakan kekuatan hujung jari  kaki anda.

Tarik nafas semasa menolak punggung ke bawah, lepas nafas semasa menolak badan ka atas semula.

Boleh gunakan pemberat seperti dumb bell atau baby kita jika mahu hehe..


Jika melakukan Squat dengan cara yang betul, anda tidak akan merasa sakit pun di bahagian lutut, sebaliknya otot-otot di bahagian pangkal peha, peha dan kaki akan terasa sedang 'bekerja'. 

Banyak otot baru akan terbentuik, hasilnya nanti kaki yang mampat, cekang dan seksi.

Senaman Squat adalah salah satu senaman kardio, yang membakar banyak kalori dan membina otot. Sebab itu ia bagus. Eh bagus ke otot terbina, tak ke nampak gemuk nanti? 

Jawapannya, tidak sama sekali. Otot membantu meningkatkan metabolisma, sekaligus meningkatkan jumlah tenaga yang tubuh perlukan, iaitu, tubuh memerlukan lebih banyak makanan. 

Maknanya, banyak otot, banyaklah makanan digunakan, untunglah di situ, kalau terlebih makan pun, ia digunakan oleh otot-otot kita ;)

Ada juga yang menjadikan Squat sebagai cabaran 30 hari untuk tubuh langsing. Mungkin anda ingin mencubanya? 

Saya tidak buat cabaran ini, sebaliknya saya buat seperti saya ceritakan di sini, saya buat 3 kali seminggu sahaja, dan itu pun, kesannya sangat sangat menggembirakan saya!

Kredit to Norashikin
Sumber @gayasihatcantik

SENAMA NAIKKAN RAHIM KEGEL EXERCISES

Senaman Naikkan rahim . CUBA CHECK GAK.. . 1. Baring lurus, jangan guna bantal. . 2. Sapu minyak pada perut dan atas ari-ari especi...